Pages

Tuesday, November 1, 2011

kawanku yang sedih.

     Cerita ni pasai kawan aku ni.. Dia ada masalah yang sangat rumit. Penyakit yang dihadapi tak siapa yang boleh bayangkan dan kalau di dirujuk ke doktor mungkin doktor tu cakap tak dak apa-apa yang berlaku. Selama aku aku berkawan dengan dia aku tau dia ni sorang yang lemah lembut, baik, sayang kat family dia dan yang paling penting dia ni sangat cantik.
  Tapi malang tak berbau ditengah pejalanan dia ditimpa masalah yang menggunung. Sakit yang dihadapi dia tak seperti sakit-sakit orang biasa.Tapi yang pasti semua tu menyeksakan dia. aku sebagai kawan hanya mampu untuk mendengar segala apa rintihan dari dia. Aku jenis yang tak pandai dalam bermain madah kata. Tapi aku teringin sangat nak ucapkan kata-kata yang boleh melegakan hati dia.
     Dulu aku selalu nampak dia menangis atau mata bengkak sebab menangis... dia sendiri mengaku yang dia ni tak suka menangis depan orang. Kalau bila nampak dia menangis mesti aku tak mampu nak buat apa-apa aku hanya mampu senyum kat dia. Tapi dalam hati aku pun nangis jugak tengok dia. Aku berharap sangat aku mampu untuk buat lebih daripada sekada senyum macam kerang busuk...
   Sampai satu tahap tu aku teringin sangat nak jadi bomoh bagi merubat dia. Sebab tu aku cakap dengan diri aku supaya menjaga dia setiap saat dan wat dia gembira walau apa pun yang berlaku, tapi malangnya aku ni hanyalah seorang manuasia biasa yang kadang-kadang tu aku leka x nampak yang dia tengah sedih.
     Tambah-tambah sedih kalau dia cakap dia rasa macam nak matilah, diarasa penyakit yang dihadapi nya tu dibawak kematilah... bila dia cakap macam tu aku rasa macam nak penampor ja dia ( tapi takkan aku nak buat macam tu x sampai hati lah....) sebab dia bunyi macam dah berputus asa. Mungkin dia rasa sakit sampai macam  tu manalah aku tahu... bukan la aku yang berada di tempat dia dan akhir sekali aku nak cakap kat dia macam ni:

                        Kalaulah aku diberi satu permintaan dalam dunia ni, aku akan mintak segala kesusahan yang engkau hadapi selama ni  pindah pada ku.
Walau aku tak pandai berkata-kata untuk melegakan hati enkau, tapi percayalah sahabat bahawa telinga yang aku miliki ini adalah untuk mendengar rintihan dari mu.




sekian terima kasih.... 
p/s: terima kasi sebab sudi membaca luahan hati saya...

No comments:

Post a Comment